Friday 25 July 2014

ONEXOX bukan unlimited (Habis kuota internet tutup, Langgan internet baru)

[FAQ] Kenapa data Onexox bukan unlimited atau diperlahankan speed apabila habis kuota?

Bila data habis kita tak boleh menggunakan aplikasi seperti wechat dan whatsapp kerana perkhidmatan ONEXOX tidak ada throtlle speed control.

Apa dia throtlle speed ni? dia mcm ni kita langgan data 38 ringgit utk 1gb ( speed mmg merapu kejap laju kejap lemau ) bila data 1gb habis pelanggan masih boleh pakai whatsapp ..sebab selepas 1gb speed internet akan diperlahankan kepada 64kbps ..

Kenapa telco besar boleh buat pekara ini ?
1. Mereka ada berjuta juta pelanggan dan mereka telah mengambil untung awal dari penjualan 1gb 38 ringgit (sebagai contoh).
2. Lagi satu cara telco besar boleh memberi data 64kbps ialah dgn mengenakan caj panggilan yg mahal. Jadi mereka boleh compensate keuntungan kepada data tahap rendah kpd pelanggan.
3. Validity juga memainkan peranan penting apabila anda topup 10 ringgit anda hanya dpt 7 hari utk menggunakan perkhidmatan.

Permainan data berkelajuan tinggi selalu diperlahankan oleh telco besar apabila tahap penggunaan mecapai tahap maksimum didalam bandwith mereka. Apabila ini berlaku speed internet mereka akan automatik turun dari 3.6 mbps kepada 500 kbps walaupun pada waktu itu kuota anda masih banyak.

Ada sesetengah telco pula bagi data percuma untuk perkhidmatan tertentu seperti whatsapp. Apabila pelanggan melihat bahawa mereka boleh menggunakan whatsapp apabila data sudah habis. Mereka mula tgk facebook, tgk gambar di instagram, apabila ini berlaku PAY PER USE akan berlaku. Di sini kehilangan kredit walaupun sikit ianya merupakan keuntungan berlipat kali ganda kpd telco telco besar.


Kami di Onexox telus dengan pelan-pelan kami dan apabila kami kata data kami berkelajuan tinggi, ianya benar-benar berkelajuan tinggi dan ianya diakui oleh ramai pelanggan kami 

0 comments:

Post a Comment